TARIKH: 04hb Julai 2010
MASA: 09:30 Malam
TEMPAT: Dewan Orang Ramai, Kempas
KEHADIRAN: 9 orang
1. Ucapan Pengerusi Pertubuhan
Encik Hairul Nizam Bin Tumin selaku pengerusi penubuhan telah mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir mesyuarat penubuhan ini. Beliau menerangkan matlamat mengadakan mesyuarat ini untuk menubuhkan sebuah persatuan bagi peminat dan penternak arnab
2. Meluluskan Nama dan Alamat Pertubuhan
Mesyuarat telah membincangkan tentang nama nama pertubuhan dan bersetuju dengan sebulat suara dengan nama
“KOMUNITI PENCINTA ARNAB SELATAN”
No.4, Jalan Berlian 27
Taman Renggam Jaya
86200 Simpang Renggam
Johor Darul Takzim
Taman Renggam Jaya
86200 Simpang Renggam
Johor Darul Takzim
3. Perlembagaan Pertubuhan
Mesyuarat telah berbincang perlembagaan pertubuhan dan dengan sedikit pindaan, perlembagaan telah diluluskan oleh semua ahli yang hadir.
4. Perlantikan Ahli Jawatankuasa Penubuhan
Ahli-ahli berikut telah dipilih:
Yang DiPertua
En. Hairul Nizam Bin Tumin
Naib Yang DiPertua
Dr.Kamarul Akmal Arif Bin Abdul Manaf
Setiausaha
En. Mohammad Fahqrudin Bin Haji Ahmad
Penolong Setiausaha
En. Mohammad Nur Azhar Bin Ngah
Bendahari
En. Shafik Bin Mohammad Anas
Ahli Jawatankuasa
1. En. Nurul Azlan Bin Samsuddin
2. En.Ungku Abdul Rahim Bin Ungku Abdul Hamid
3. En.Roff Hussein
5. Majlis bersetuju untuk mendaftarkan pertubuhan ini dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. Tugas bagi pendaftaran ini akan diserahkan kepada jawatankuasa untuk menguruskannya.
6. Mesyuarat ditamatkan pada jam 10:30 malam
dicatat oleh:
Setiausaha Komuniti Pencinta Arnab Selatan