TARIKH: 04hb Julai 2010
MASA: 09:30 Malam
TEMPAT: Dewan Orang Ramai, Kempas
KEHADIRAN: 9 orang
1. Ucapan Pengerusi Pertubuhan
Encik Hairul Nizam Bin Tumin selaku pengerusi penubuhan telah mengucapkan terima kasih kepada semua yang
hadir mesyuarat penubuhan ini. Beliau menerangkan matlamat mengadakan mesyuarat ini untuk menubuhkan
sebuah persatuan bagi peminat dan penternak arnab
2. Meluluskan Nama dan Alamat Pertubuhan
Mesyuarat telah membincangkan tentang nama nama pertubuhan dan bersetuju dengan sebulat suara dengan nama “KOMUNITI PENCINTA ARNAB SELATAN”
dan alamatnya ialah di:
No.4 Jalan Berlian 27, Taman Renggam Jaya
86200 Simpang Renggam
Johor Darl Takzim.
86200 Simpang Renggam
Johor Darl Takzim.
3. Perlembagaan Pertubuhan
Mesyuarat telah berbincang perlembagaan pertubuhan dan dengan sedikit pindaan, perlembagaan telah diluluskan
oleh semua ahli yang hadir.
4. Perlantikan Ahli Jawatankuasa Penubuhan
Ahli-ahli berikut telah dipilih:
I. Yang DiPertua : En. Hairul Nizam Bin Tumin
II. Naib Yang DiPertua : Dr.Kamarul Akmal Arif Bin Abdul Manaf
III. Setiausaha : En. Mohammad Fahqrudin Bin Haji Ahmad
IV. Penolong Setiausaha : En. Mohammad Nur Azhar Bin Ngah
V. Bendahari : En. Shafik Bin Mohammad Anas
VI. Ahli Jawatankuasa : 1. En. Nurul Azlan Bin Samsuddin
2. En.Ungku Abdul Rahim Bin Ungku Abdul Hamid
3. En.Roff Hussein
5. Majlis bersetuju untuk mendaftarkan pertubuhan ini dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. Tugas bagi pendaftaran ini akan diserahkan kepada jawatankuasa untuk menguruskannya.
6. Mesyuarat ditamatkan pada jam 10:30 malam
dicatat oleh:
Setiausaha Komuniti Pencinta Arnab Selatan
BORANG PERMOHONAN BERSERTA DOKUMEN UNTUK PENDAFTARAN TELAH DIHANTAR KE PEJABAT ROS BANGUNAN TJB, JOHOR BAHRU UNTUK PENDAFTARAN PADA 05 HB OGOS 2010 JAM 3.30PM.